Feature Ad (728)

Terbaru

Friday, June 6, 2014

Pelajaran 2.1 : Menambahbaik Lokasi Iklan

Salah satu cara untuk meningkatkan potensi pendapatan daripada iklan Adsense anda ialah dengan merubah kedudukan iklan pada website/blog anda.



Ikuti video pelajaran di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.


  • Above the fold: ruang iklan di mana pelawat tidak perlu untuk scroll untuk melihat iklan tersebut
  • Below the fold: ruang iklan di mana pelawat perlu scroll untuk melihat iklan tersebut
  • Ambilkira kandungan website/blog anda dan kenalpasti lokasi yang sesuai untuk meletakkan iklan
  • Cuba susunatur / kedudukan iklan berbeza untuk melihat kesannya terhadap pendapatan 
  • Elakkan daripada mengelirukan pelawat antara iklan dan kandungan website/blog

Tuesday, April 29, 2014

Punca Utama Akaun Adsense Dibatalkan (Ban)

Pihak Google terpaksa mengambil tindakan pembatalan akaun ke atas Publisher yang melakukan kesalahan berat demi untuk menjaga persekitaran yang sihat antara Publisher dan Advertiser. Biasanya, jika kesalahan yang dilakukan masih dikira ringan, pihak Google hanya menghantar satu email amaran dan meminta Publisher untuk mengambil tindakan susulan.



Berikut disenaraikan antara punca-punca utama mengapa akaun Adsense dibatalkan (atau dalam bahasa biasa, dikenali sebagai banned):-

  • Click Fraud : Penipuan di mana klik dibuat secara sengaja semata-mata untuk menaikkan pendapatan Publisher 
  • Menggunakan software atau botware untuk menaikkan trafik dan/atau klik
  • Memanipulasi iklan dengan cara yang tidak dibenarkan 
  • Kandungan atau artikel pornografi 
  • Menyediakan kemudahan muatturun bahan berhakcipta spt download filem, muzik dll.
  • Meminta atau menggalakkan pelawat untuk klik pada iklan
Untuk maklumat lanjut berkenaan sebab-sebab utama akaun Adsense dibatalkan, klik di sini


Tuesday, February 4, 2014

Pelajaran 1.0 : Mengenali CPC & RPM

Sekiranya anda melihat laporan performance Adsense, terma seperti CPC, RPM dan CTR adalah antara elemen utama dalam laporan. Jadi, apakah itu CPC dan RPM?

Pelajari lebih lanjut mengenai CPC dan RPM serta beberapa lagi singkatan yang sering dipaparkan dalam laporan akaun Adsense anda melalui video di bawah:





Tuesday, May 21, 2013

Bagaimana Mendapatkan Kelulusan Akaun Adsense (Full)?

Ramai orang cuba untuk mendapatkan kelulusan akaun Adsense (Full) tetapi sering gagal kerana tidak diluluskan Google. Kemudian mereka mencuba lagi dan lagi dan lagi dan lagi tanpa sebarang hasil, dan akhirnya berputus asa.

Ini disebabkan mereka tidak menggunakan teknik yang betul. Perkara yang paling penting adalah untuk mempunyai kandungan (content) yang hendak diterbitkan. Adsense semata-mata tidak akan dapat menjana sebarang pendapatan tanpa kandungan yang bagus.

Berikut saya senaraikan beberapa langkah penting untuk mendapatkan kelulusan akaun Adsense (Full). Senarai ini saya buat sendiri berdasarkan pengalaman saya selama beberapa tahun berkecimpung dalam bidang Adsense.

1) Dapatkan Domain TLD dan Web Hosting
Tujuan akaun Adsense Full adalah supaya boleh monetize melalui website dengan domain sendiri (bukan hanya terikat dengan blogspot atau youtube). Jadi anda perlu mengadakan domain TLD (contoh: .com, .net, .my dll) serta web hosting yang bersesuaian.

2) Gunakan Template/Theme yang Sesuai 
Salah satu syarat permohonan Adsense adalah website/blog anda senang untuk dilayari pelawat. Oleh itu, susunatur (layout) terutamanya menu navigasi (navigation menu) perlu lah teratur dan tidak mengelirukan. Kebiasaanya template/theme didatangkan bersama navigasi yang baik.

3) Masukkan Kandungan Teks Dalam Bahasa Inggeris 
Adsense menggunakan crawler untuk menentukan isi kandungan website/blog anda untuk membolehkan algorythmnya menyiarkan iklan-iklan yang sesuai. Untuk itu, Google memerlukan kandungan teks (text content) yang cukup untuk membolehkannya mengetahui tema/niche website/blog anda itu.

Sekiranya anda bercadang untuk memasukkan kandungan dalam Bahasa Melayu, anda patut menimbangkannya semula kerana Bahasa Melayu bukanlah bahasa yang disokong oleh Adsense buat masa ini.

Saya cadangkan anda untuk mendapatkan artikel-artikel dalam bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya 20 artikel.

4) Buat Page Yang Perlu Ada 
Google menetapkan setiap website memiliki sekurang-kurangnya halaman Privacy Policy.
Jangan bimbang, kerana anda boleh mendapatkannya di sini: Privacy Policy Generator

Adalah lebih baik sekiranya anda turut menyediakan halaman Mengenai (About) dan Berhubung (Contact Us) untuk meningkatkan kebarangkalian permohonan anda diterima.

5) Dapatkan Trafik Organik
Trafik organik bermaksud pelawat yang datang ke website/blog anda melalui carian di Google.
Untuk itu, anda perlu menguatkan SEO (Search Engine Optimization) pada website/blog anda supaya disenaraikan oleh Google.


Sekiranya anda telah mengikuti segala langkah di atas, anda bolehlah mula untuk memohon kelulusan Adsense (Full). Proses permohonan ini terdiri dari 2 peringkat di mana website/blog anda akan dinilai sama ada memenuhi kriteria yang telah ditetapkan Google.

Selamat mencuba & Selamat berjaya!

Tuesday, April 9, 2013

Pembayaran Pendapatan Adsense

Buat masa kini, pendapatan Adsense akan dibayar oleh Google kepada Publisher-publisher yang aktif dan layak melalui 2 kaedah utama, iaitu:-
  • Western Union
  • Bank Transfer / Wire Transfer
Untuk melayakkan anda mendapat bayaran (atau dikenali secara ringkas sebagai PIP), akaun anda mestilah aktif (tidak disekat dan sebagainya) dan memiliki sekurang-kurangnya $100USD terkumpul.

Proses pembayaran biasanya bermula sekitar 20hb bulan berikutnya, bergantung kepada akaun ke akaun.

Western Union (WU)

Bagi yang memilih untuk menerima pembayaran melalui Western Union, anda perlu hadir ke ejen Western Union seperti bank-bank terpilih, pejabat pos atau ejen-ejen sah berdekatan anda. Jangan lupa untuk membawa MyKad anda untuk tujuan pengesahan. Bayaran hanya akan dibuat sekiranya maklumat yang diperlukan seperti nama & alamat pengirim, nama & alamat penerima, no rujukan dan amaun adalah tepat.

western union malaysia how to receive money dapatkan bayaran google adsense melalui western union money transfer



Bank Transfer / Wire Transfer

Bagi yang memilih untuk menerima pembayaran melalui Bank Transfer / Wire Transfer, anda hanya perlu memasukkan butir akaun bank anda ke dalam sistem Adsense. Pembayaran akan dilakukan terus ke dalam akaun bank yang diberikan.

Antara butir akaun bank yang diperlukan untuk memproses bayaran melalui kaedah ini:
  • Nama Bank (contoh: Malayan Banking Berhad, CIMB Bank Berhad dll)
  • Cawangan Bank (contoh: Jalan Raja Laut, The Curve Mutiara Damansara dll)
  • Nama Pemegang Akaun 
  • No akaun bank
  • Bank SWIFT/BIC Code / Kod SWIFT bank 

swift code malaysia bank maybank cimb bank public bank kl MBBEMYKL CIBBMYKL PBBEMYKL rhb bank affin bank hong leong eon bank BIC code branch name bank name account no telegraphic transfer TT swift-code MY Swift code telex interbank code


Apa itu Kod SWIFT Bank?

Setiap bank mempunyai kod tersendiri bagi urusan penghantaran wang antara bank. Dapatkan kod SWIFT bank anda daripada bank itu sendiri atau merujuk kepada laman web yang boleh dipercayai.

Berikut saya senaraikan antara Kod SWIFT bank utama Malaysia:
  • Maybank : MBBEMYKL
  • CIMB Bank : CIBBMYKL / CIMB Islamic Bank : CTBBMYKL
  • Public Bank : PBBEMYKL
Anda boleh merujuk kepada laman web THESWIFTCODES untuk senarai penuh

Kaedah pembayaran melalui Bank Transfer / Wire Transfer lebih mudah kerana anda hanya perlu memasukkan sekali sahaja butir-butir akaun bank di atas dan pembayaran akan dilakukan secara automatik setiap bulan sekiranya anda layak. 

Proses penghantaran akan mengambil masa 2-3 hari, bergantung kepada bank. Anda boleh menyemak penyata akaun melalui Internet Banking secara langsung untuk melihat sama ada pembayaran sudah dikreditkan ke akaun anda.




Monday, March 11, 2013

Apa itu Click Fraud?

Apa Itu Click Fraud?

Click Fraud atau dalam Bahasa Melayunya, penipuan klik adalah satu kesalahan besar dalam industri pengiklanan Internet.

Oleh sebab itu, pihak Google tidak teragak-agak untuk menyekat (ban) Publisher yang dikesan mengamalkan click fraud untuk meningkatkan pendapatan mereka.

Contoh click fraud yang paling mudah ialah dengan klik pada iklan dengan tujuan semata-mata untuk menjana pendapatan. Selain itu, click fraud juga berlaku apabila Publisher meminta kawan atau kenalan untuk klik pada iklan di website/blog mereka.


Tips Untuk Mengelakkan Click Fraud

  • Jangan sesekali klik pada iklan yang disiarkan di website/blog milik anda sendiri
  • Jangan minta ahli keluarga, kawan atau kenalan untuk klik iklan website anda
  • Pasangkan plugin browser yang berupaya menghalang anda dari klik iklan di website sendiri secara tidak sengaja 
  • Jangan sekali-kali meminta pelawat website/blog anda klik pada iklan untuk tujuan membantu meringankan kos server dll
  • Jangan sertai kumpulan click exchange yang bertukar-tukar klik sesama anggotanya
  • Sentiasa patuhi Polisi Google Adsense bagi mengelakkan akaun Adsense anda dibatalkan (ban)



Monday, February 25, 2013

Jom Buat Duit Dengan Google AdSense

adsense google informasi bahasa malaysia melayu untuk blogger program jana wang website blog adsense nuffnang bidvertiser churp

Google AdSense adalah satu program pengiklanan yang dijalankan oleh Google yang membolehkan pemilik website dan blog untuk menjana pendapatan daripada website dan blog mereka.

Dengan menggunakan AdSense, anda boleh meletakkan iklan-iklan Google di website atau blog anda untuk dipaparkan kepada visitor. Anda akan mendapat bayaran sekiranya visitor klik pada iklan tersebut.

AWAS! Google sangat sensitif kepada percubaan untuk klik sendiri iklan (click fraud) jadi jangan cuba-cuba.

Berapa Anggaran Pendapatan Dari Google Adsense?
Bergantung kepada jumlah klik, populariti blog/website, kata kunci iklan, dan beberapa parameter peingklanan internet seperti CPC (cost per click) dan sebagainya.
Satu klik mungkin bernilai $0.10 atau mungkin juga $10.00, bergantung kepada faktor-faktor tertentu.

Bagaimana Nak Daftar Program Google AdSense?
Anda boleh melawat: http://www.google.com/adsense/start/

Bagaimana Cara Paling Senang Untuk Bermula?
Anda boleh bermula dengan menulis blog dan menyelitkan iklan-iklan Adsense di blog anda.
Sekiranya anda sudah memiliki blog, anda boleh daftar untuk akaun AdSense dahulu dan apabila berjaya didaftarkan, anda boleh meletakkan kod-kod unit iklan AdSense di blog anda.

Saya Sudah Lama Dengan AdSense Tetapi Hasilnya Tidak Seberapa?
Ada banyak sebab mengapa hasil AdSense tidak seberapa, antara sebab utama ialah kuantiti dan kualiti trafik, rekaletak unit iklan dan kata kunci yang kurang sesuai. Anda mungkin perlu meningkatkan trafik ke blog anda dengan rekaletak yang lebih sesuai. Untuk itu banyak yang boleh dilakukan seperti SEO (Search Engine Optimization), pemilihan kata kunci/niche yang lebih terperinci dan sebagainya.








PROMOSI


Perlukan Hosting? Dapatkannya daripada Hostgator untuk perkhidmatan terbaik pada kadar yang berpatutan.


Mahu Blog anda kelihatan lebih kemas dan cantik? Dapatkan template blog premium di ThemeForest.