Feature Ad (728)

Tuesday, April 29, 2014

Punca Utama Akaun Adsense Dibatalkan (Ban)

8:01 PM

Pihak Google terpaksa mengambil tindakan pembatalan akaun ke atas Publisher yang melakukan kesalahan berat demi untuk menjaga persekitaran yang sihat antara Publisher dan Advertiser. Biasanya, jika kesalahan yang dilakukan masih dikira ringan, pihak Google hanya menghantar satu email amaran dan meminta Publisher untuk mengambil tindakan susulan.



Berikut disenaraikan antara punca-punca utama mengapa akaun Adsense dibatalkan (atau dalam bahasa biasa, dikenali sebagai banned):-

  • Click Fraud : Penipuan di mana klik dibuat secara sengaja semata-mata untuk menaikkan pendapatan Publisher 
  • Menggunakan software atau botware untuk menaikkan trafik dan/atau klik
  • Memanipulasi iklan dengan cara yang tidak dibenarkan 
  • Kandungan atau artikel pornografi 
  • Menyediakan kemudahan muatturun bahan berhakcipta spt download filem, muzik dll.
  • Meminta atau menggalakkan pelawat untuk klik pada iklan
Untuk maklumat lanjut berkenaan sebab-sebab utama akaun Adsense dibatalkan, klik di sini


0 comments:

Post a Comment