Feature Ad (728)

Tuesday, April 9, 2013

Pembayaran Pendapatan Adsense

5:51 PM

Buat masa kini, pendapatan Adsense akan dibayar oleh Google kepada Publisher-publisher yang aktif dan layak melalui 2 kaedah utama, iaitu:-
  • Western Union
  • Bank Transfer / Wire Transfer
Untuk melayakkan anda mendapat bayaran (atau dikenali secara ringkas sebagai PIP), akaun anda mestilah aktif (tidak disekat dan sebagainya) dan memiliki sekurang-kurangnya $100USD terkumpul.

Proses pembayaran biasanya bermula sekitar 20hb bulan berikutnya, bergantung kepada akaun ke akaun.

Western Union (WU)

Bagi yang memilih untuk menerima pembayaran melalui Western Union, anda perlu hadir ke ejen Western Union seperti bank-bank terpilih, pejabat pos atau ejen-ejen sah berdekatan anda. Jangan lupa untuk membawa MyKad anda untuk tujuan pengesahan. Bayaran hanya akan dibuat sekiranya maklumat yang diperlukan seperti nama & alamat pengirim, nama & alamat penerima, no rujukan dan amaun adalah tepat.

western union malaysia how to receive money dapatkan bayaran google adsense melalui western union money transfer



Bank Transfer / Wire Transfer

Bagi yang memilih untuk menerima pembayaran melalui Bank Transfer / Wire Transfer, anda hanya perlu memasukkan butir akaun bank anda ke dalam sistem Adsense. Pembayaran akan dilakukan terus ke dalam akaun bank yang diberikan.

Antara butir akaun bank yang diperlukan untuk memproses bayaran melalui kaedah ini:
  • Nama Bank (contoh: Malayan Banking Berhad, CIMB Bank Berhad dll)
  • Cawangan Bank (contoh: Jalan Raja Laut, The Curve Mutiara Damansara dll)
  • Nama Pemegang Akaun 
  • No akaun bank
  • Bank SWIFT/BIC Code / Kod SWIFT bank 

swift code malaysia bank maybank cimb bank public bank kl MBBEMYKL CIBBMYKL PBBEMYKL rhb bank affin bank hong leong eon bank BIC code branch name bank name account no telegraphic transfer TT swift-code MY Swift code telex interbank code


Apa itu Kod SWIFT Bank?

Setiap bank mempunyai kod tersendiri bagi urusan penghantaran wang antara bank. Dapatkan kod SWIFT bank anda daripada bank itu sendiri atau merujuk kepada laman web yang boleh dipercayai.

Berikut saya senaraikan antara Kod SWIFT bank utama Malaysia:
  • Maybank : MBBEMYKL
  • CIMB Bank : CIBBMYKL / CIMB Islamic Bank : CTBBMYKL
  • Public Bank : PBBEMYKL
Anda boleh merujuk kepada laman web THESWIFTCODES untuk senarai penuh

Kaedah pembayaran melalui Bank Transfer / Wire Transfer lebih mudah kerana anda hanya perlu memasukkan sekali sahaja butir-butir akaun bank di atas dan pembayaran akan dilakukan secara automatik setiap bulan sekiranya anda layak. 

Proses penghantaran akan mengambil masa 2-3 hari, bergantung kepada bank. Anda boleh menyemak penyata akaun melalui Internet Banking secara langsung untuk melihat sama ada pembayaran sudah dikreditkan ke akaun anda.




0 comments:

Post a Comment